Wednesday 29 February 2012

i LOVE u ibu

Budak ni sebak kerana Kehilangan Ibunya, Ibunya cuba meleraikan air mata anak nya sebelum menghembuskan nafas terakhirnya..

Peringatan Untuk Semua, Walau apa pun sekali yang berlaku di antara anda dan ibu anda, jangan la anda cuba menderhaka kepada nya. share atau like dan renungkan....

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibu...

Ulasan Ustaz Azhar Idrus mengenai pemimpin Malaysia mengatakan Hudud tiada dalam al-Quran






Salam...
Tujuan aku post kali ni adalah untuk saling ingat mengingati antara kita semua.
Tak terlintas di akal fikiran aku untuk mengaibkan sesiapa..
   Yang paling penting ialah kita mengambil pengajaran dan iktibar dari apa yang telah berlaku ni..








‎::..PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA..::




‎::..PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA..::

Asas 5 jari

Jari telunjuk 
: usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Balasan Menghina Islam/Nabi Muhammad S.A.W!




Balasan Menghina Islam/Nabi Muhammad S.A.W!

Kurt Westergaard, lelaki yang meluk
is kartun Nabi Muhammad S.A.W dengan niat untuk menghina Islam suatu ketika dulu. Allah S.W.T telah bakar lelaki ini dalam api. Banyak cubaan untuk membunuh lelaki ini tetapi ramai yang mati ditembak oleh polis yang mengawal lelaki ini. Dengan kuasa Allah S.W.T, walaupun dijaga rapi oleh pihak polis. Api yang datang dari mana, membakar lelaki ini. AllahuAkbar!

TOLONG SHARE GAMBAR INI SEKIRANYA ANDA SAYANG NABI MUHAMMAD S.A.W. 

Tuesday 21 February 2012

Dasar pengambilan baru ke IPTA pengambilan 2012/2013 dan mengenai USM APEX Universiti

Salam..aku ada berita gembira nak kongsi dengan hampa semua ni.:D
Apa ya???
apa pulak motif aku letak gambaq USM kat atas uh?huhu.

semalam,aku ada dengar ceramah wakil dari pihak USM ke matrik aku,KMPK tercinta.hehe..
beliau bagi tau yang mulai tahun ini,pengambilan tahun ini,dasarnya telah berubah.

dasar lama buat aku tak tentu arah,nak minta USM atau tak.sebabnya kalau kita dah terpilih di USM,dinasihatkan agar menerima tawaran tu.kalu kita tolak,nanti  mungkin UPU akn menawarkan jurusan lelong  kepada kita.oh tidak!!tak mungkin!!!

tapi!!!!!   :))
dengan adanya dasar baru iaitu para pemohon akan diberi tawaran serentak.bermakna andai kata kita ditawarkan untuk USM,kita jugak akan ditawarkan serentak oleh UPU.jdi,ia memberi lebih pilihan kepada pemohon.best.hehe

tapi ada jugak syaratnya.setiap yang baik,pastinya ada susahnya.tapi tak susah mana pon syaratnya.
apa yang aku dengar semalam.UPU tidak akan menawarkan tawaran yang sama seandainya USM menawarkan jurusan kritikal.apa jurusan tu??jurusan tu ialah perubatan,pergigian dan farmasi..
jadi kepada siapa yang dapat tawaran kritikal yang aku nyatakan tadi.lebih baik lah terima ja..

samapi sini jela informasi yang dapat aku kongsikan pada anda semua..terima kasih..wassalam..:)




Sunday 5 February 2012

Full result and some actions Chelsea vs Manchester United 5 FEB 2012



FULL RESULT  :3-3
SCORER:[0-1] J.Evans(own goal)   36'
                [0-2]J.Mata                     46'
                [0-3]D.Luiz                      51'
                [1-3]W.Rooney(penalty)  58'
                [2-3]W.Rooney(penalty)  69'
                [3-3]J.Hernandez             84'
Some action yesterday.
J.Hernandes celebrates with Ryan Giggs
Rooney and Gary Cahill

Rooney scores penalty for the second goal

 



Ivanovic vies for the ball eith Javier Hernandez


boneka masa~~~

MALAYSIA VS BAHRAIN 5 Februari 2012




Salam.
Malam ni Malaysia lawan Bahrain di Stadium Nasional Bahrain
Jom berikan sokongan dari jauh wahai rakyat jelata.
kepada mat rempit.stop rempit tu,jom tengok tb bagi sokongan.huhu.:^^:
live kat RTM 1 dan Astro Arena.
kita doakan yang terbaik tok pasukan kita.
banggakan nama Malaysia di mata dunia.
caiyok2!!
MALAYSIA BOLEH!!!

Saturday 4 February 2012

SALAM MAULIDUR RASUL

 BIODATA RASULULLAH S.A.W

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. 

Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah) 

Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. 

Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. 

Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. 

Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hambaperempuan bapa Rasulullah SAW). 

Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab). 

Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenaliHalimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah). 

USIA 5 TAHUN 

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikatuntuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya. 

USIA 6 TAHUN 

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib. 

USIA 8 TAHUN 

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. 

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun 

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu. 

USIA 20 TAHUN 

. Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,jilid1, halaman 184-187 menyatakan 

pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari danberperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberipertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah. 

USIA 25 TAHUN 

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijahbinti Khuwailid Al-Asadiyah.· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranyayang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untukmeminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham. 

USIA 35 TAHUN 

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan pendudukMakkah.· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakanbatu tersebut. 

USIA 40 TAHUN 

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasulakhir zaman. 

USIA 53 TAHUN 

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu BakarAl-Siddiq.· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M. 

USIA 63 TAHUN 

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi. 

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W 

§ Khadijah Binti Khuwailid.§ Saudah Binti Zam'ah.§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).§ Zainab Binti Jahsy.§ Maimunah Binti Harith.§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin). 

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W 

1. Qasim2. Abdullah3. Ibrahim4. Zainab5. Ruqaiyah6. Ummi Kalthum7. Fatimah Al-Zahra ' 

ANAK TIRI RASULULLAH S.A.W 

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada SaidatinaKhadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,Khadijah adalah seorang janda). 

SAUDARA SESUSU RASULULLAH S.A.W 

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN 

1. Thuwaibah 1. Hamzah2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad 

SAUDARA SUSUAN 

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza 

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW 

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)


1. Al-Harith2. Muqawwam3. Zubair4. Hamzah ***5. Al-Abbas ***6. Abu Talib7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)8. Abdul Ka ' bah9. Hijl10. Dhirar11. Umaimah12. Al-Bidha (Ummu Hakim)13. Atiqah ##14. Arwa ##15. Umaimah16. Barrah17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam)

PETUA IMAM SYAFIE



Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. ♥sharing is caring ♥

Friday 3 February 2012

Perak bermula dengan langkah kemenangan


Piala Presiden 300x300Perak memulakan kempen Piala Presiden 2012 dengan mencatatkan kemenangan menumpaskan Johor FC 2–0 dalam perlawanan Kumpulan B di Stadium Perak, Ipoh, semalam.
Jurulatih, Abu Bakar Fadzim bersyukur dan gembira dengan kemenangan tersebut yang akan membakar semangat para pemain bagi memburu kemenangan seterusnya dalam perlawanan akan datang.
Perak akan bertandang ke Kuching dalam perlawanan keduanya untuk berdepan Sarawak pada 6 Februari depan.
Selain Perak, Johor FC dan Sarawak, pasukan-pasukan lain dalam kumpulan B adalah Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Pahang, Perlis, Majlis Perbandaran Muar, Angkatan Tentera Malaysia, PKNS, NS Betaria dan Pulau Pinang.
Penyerang muda, Mohd Rahizi Mohd Rasib (minit ke-17) dan pemain tengah, Norhakim Mohd Isa (minit ke-78) menjaringkan gol-gol kemenangan Perak.
“Kemenangan di gelanggang sendiri amat bermakna kerana ia sangat penting bagi menentukan kedudukan Perak pada masa akan datang,” jelas Abu Bakar.
Walaupun mencatat kemenangan, Abu Bakar belum berpuas hati dengan persembahan para pemainnya yang belum sempurna sepenuhnya.
“Saya mengakui masih terdapat beberapa kelemahan kecil yang perlu diperbaiki sebelum beraksi di Kuching,” kata jurulatih itu.
Beliau menyatakan bahawa ketajaman barisan serangan perlu diasah agar para pemain tidak mensia-siakan peluang menjaringkan gol kelak.
Artikel asal di PerakNews.

5 Trend Jahiliyah Perempuan Melayu Masa Kini




5 Trend Jahiliyah Perempuan Melayu Masa Kini | Semua orang nak berfesyen dan mengikut trend, terutama golongan wanita. Pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Tetapi kebanyakkan wanita yang dapat dilihat, pakai tudung tapi lengan terdedah, dada terdedah, kaki terdedah. Camna tu? Sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa?”. Mari kita kenali dulu 5 trend atau sikap wanita yang terpesong dalam zaman moden ni. (Nota: INILAH REALITI KEBANYAKKAN WANITA WALAU TIDAK SEMUA BEGINI)

1. Pakaian Ketat, Sendat dan Terlalu Seksi

Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam “neraka” depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut! Ewwww…simpan la barang-barang privasi korang tu, takyah tunjuk-tunjuk.

2. Tudung Nampak Bayang Rambut

Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung. Dan macam-macam lagi kalau aku bagi contoh. Nak tau lebih lanjut, baca ni: 8 Jenis Fesyen Tudung Pelik Malaysia dan 11 Fesyen Kontroversi Gaya Tudung Wanita Malaysia. Memang ada pelbagai fesyen tudung wanita yang tidak tahu aku nak ulas camna.

3. Pertuturan Lancang dan Ketawa Mengilai

Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak. Kadang-kadang kalau restoran tu, suaranya mengalahkan suara TV yang dipasang. Kadang-kadang tu time gelak tu terkeluar benda yang tengah dimakan, tempias sana sini. Ish ish ish wanita jenis apa la ni.

4. Bertepuk Tampar Dengan Lelaki

Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata? Lelaki pun satu hal gak, membenarkan dirinya ditepuk dan ditampar oleh wanita. Bukan sedap pun. Sakit wooooo.

5. Bercumbu dan Memadu Kasih Tanpa Segan

Bercumbu dan memadu kasih tanpa segan ini adalah antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi. Astagfirullah. Malu tu kan mahkota seorang wanita.

Kesimpulan

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu kerana aku sendiri punyai anak perempuan dan isteri. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri. Aku minta maaf kalau ada yang terasa. Pahit untuk aku katakan, tapi pahit itu lah ubat. Untuk lelaki yang membaca ni, ingatlah, korang nanti akan ditarik oleh golongan wanita ke neraka jika bersikap dayus. Baca ni: Empat Golong Lelaki yang Dibawa Wanita Ke Neraka. Share tulisan entri ni dengan orang yang korang sayang. Semoga bermanfaat untuk semua. Wallahualam.

Sumber : http://melayukini.net/2012/01/5-trend-jahiliyah-perempuan-melayu-masa-kini/