Thursday 29 March 2012

Abby Abadi dah mula bertudung

Syukur Alhamdulillah..
Tadi aku berfacebook..aku ternampak gambar abby abadi bertudung..ni gambarnya..


cuba anda semua baca semua ayat yang ada kat atas tu k...nampaknya dia seronok bertudung.aku harap lagi ramai la lepas ni artis-artis pon turut sama macam abby abadi ni.lepas baca tu jomla kita aminkan ramai-ramai..
amin....

Moral value-selagi masih bernafas,ada peluang .jangan kita lepaskan peluang untuk berubah dari kurang baik    kepada lebih baik


pic kredit to :.Sahabat Akhi Fairuz

Friday 23 March 2012

Bookmark dari Madam

Exam akhir dah nak dekat..
lagi berapa minggu ja lagi..
so,tiba-tiba kelas tutor kimia aku ni..
ada satu peristiwa yang sweet dan agak pelik la..

Madam aku masuk-masuk kelas dengan wajah yang ceria..mengukir senyuman..dia pon keluarkan koleksi bookmark..katanya dia nak bagi kat kami.kalau menurut ketua jabatan sains kolej aku,pelajar yang bagi kat lecturer.tapi madam aku ni pulak yang nak bagi kat kami..


ni dia ha bookmark ayng aku pilih..comel kan..??haha
by the way,banyak warna sebenarnya..aku pilih yang mana aku suka la..
belakang bookmark yang comel ni kami kena tulis nama,then target gred untuk kimia..
maybe sebagai peringatan kot.kan bila kita guna bookmark ni.kita mesti tertengokla depan dan belakang bookmark ni..kebarangkalian tok nampak apa yang kita target tu tinggila..

dan bila kelas dah nak habis lagi la..
kami kena tulis apa gred yang di target .pas tu lukis gambar kartun yang kami suka..nak tengok apa yang aku lukis..ni ha..bawah nii..
:))


nah..amek kau..aku lukis son goku jela..wakaka
buruk kan lukisan aku ni..al maklumla..tangan tak berseni..

so,,aku masih terfikir sampai sekarang dan tak jumpa jawapan kenapa kami perlu lukis kartun kegemaran kami ni..kawan kau ada jugak yang lukis shin chan..batman..cantik diorang lukis..jeles aku..huhu

moral value:kalau lecturer dah buat macam ni,pasti dia nak yang berbeza dari kita,dia nak kita dapat    keputusan yang baik.

Tuesday 20 March 2012

PECUTAN DALAM STUDY DAN PROGRAM PECUTAN TERAKHIR PSPM KMPK

Pecut??
nak pecut ke mana tu??
Adakah aku nak pecut basikal macm ni?


haha.taklah.setakat ni aku tak berkecimpung pon dalam aktiviti pecut memecut basikal ni.bukan bidang aku pon.nak kayuh basikal ke kedai on dah semput.huhu

kenapa pecut basikal yang aku kaitkan?
kenapa tak pecut motosikal atau kereta ja?
anda ada jawapan??
nak tahu jawapannya..??
sila tunggu selepas ini..:D

haha.just kidding.btw.aku kaitkan pcutan basikal disini berkait la dengan apa yang aku nak cerita ni.kalau basikal kita perlu pecut dengan usaha ,kudrat kita sendiri.begitu juga dengan perjalanan study kita.tapi berbeza cara dan keringat yang berlaku.kalau pecut basikal mungkin kita akan basah berpeluh.tapi study?adakah kita berpeluh?mungkin ada yang akan setuju .ya kita akan berpeluh.malahan lebih dari itu.malahan memecut dalam study itu lebih sukar berbnding memecut dalam kayuhan basikal.

kalau kita pecut dalam kayuhan basikal matlamat kita hanya pada kayuhan dan akan menamatkan kayuhan sebagai pemenang,sebagai pengayuh yang pertama melepasi garisan penamat.tapi,dalam study,matlamat kita adalah mendapatkan KEPUTUSAN YANG CEMERLANG..macam mana nak pecut dalam study.

caranya study kow2 .study hard.maksud pecutan di sini kita telah berada di episod terakhir untuk mengakhiri study kita seterusnya menduduki peperiksaan.habis,tido kena lambat.,yg ada kekasih perlu diabaikan.segala gelak tawa.hiburan game dilenyapkan seketika demi PECUTAN TERAKHIR TERSEBUT.tension.tidur tak lena.makan tak kenyang.mandi tak basah tak kot,tu tok org bercinta ja.^^

panjang aku tulis ni aku nak cakap tentang siang tadi.kolej aku buat program ni la.pecutan terakhir.sedih kot.penyampaian oleh pensyarah aku memang terbaik.bila dia mula part2 yang menyentuh jiwa dan raga aku,aku mula pandang kebawah.tak boleh .memang muka aku ganas,tapi hati ada bunga beb..:D

dia punya la cerita tentang mak dia.apa yang mak dia minta semua dia bagi.minta peti ais,ubah almari...dia berjaya buat mak dia gembira.dia sampaikan dlam loghat nganu.so,lawakla bila aku dengar.kami semua senang dengar dan ketawa..
tapi.................
:(

tak lama lepas tu dia cakap yang mak dia dah meninggal.aku dah tak boleh tahan dah..sebak...
dia soh kami pejam mata.ingatkan ibu kami di rumah..ramai yang menangis,ya aku nak menangis.aku menangis ke??
biarla rahsia,,
ya,betul cakap dia.ibu bapa kita dirumah menunggu kita untuk kita bawa pulang kejayaan.apa perasaan mereka jika harapan mereka kita tidak tunaikan..??
aku harap suatu hari nanti aku dapat gembirakan hati aibu dan bapaku.adik dan abangku..serta seluruh saudaraku..

bangkit setelah jatuh
dia juga ada pertontonkan kami satu video seorang manusia yang kudung ke2 tgn dan kakinya.dia jatuhkn dirinya,dan.org yg kudung itu berkata."saya terjatuh dan anda pasti terfikir sy tidak mamapu untuk bangun semula,namun saya saya tetap akan  bangun walau dengan beratus kali "
lebih kurangla.semangat aku pon bertambah untuk memecut ni..

moral value:selagi masa ada,kita jangan sia2kannya.teruskan usaha dengan lebih kuat iaitu  memecut..pecutan terakhir.dan jgn berputus asa...doakan aku berjaya dan mudah menjawab nanti..amin..


Saturday 17 March 2012

Hidup Rosli,Eksperimen aku berjaya dan Aku jumpa buku aku yang hilang.

segala-segala yang yang aku tulis tu berlaku pada "6 March 2012".


Al-kisah yang pertama
bermula dengan kelas tutor matematik.lecturer kami suruh kami buat presentation.aku tak ready lagi.huh.macam mna ni.by the way,nasib baik kawan aku dah siapkan hari tu.aku pon kelam kabutla nak cuba faham dan Alhamdulillah akhirnya aku aku.tunggu punya tunggu akhirnya giliran tok aku present pon telah tiba.jujo cakap soalan yang aku nak present tu tak lah susah mana.so,aku pon dengan slumber jela pegi terang.otw nak terang tu.lecturer aku cakap,rosli.dia sebut nama aku.aku pon bertambah semangatla.dan bial anak habis dan tamat aku present aku pon dengar ayat ni dari mulut lecturer aku "Hidup Rosli"...aku agajk terharula.mungkin kerana presentation aku menjadi agaknya.and then tepukan gemuruh aku terima...

Al-kisah yang kedua
cerita tentang eksperimen aku pulak.kali ni eksperimen kami kena buat satu kumpulan 4 orang.aku buat eksperimen ni dengan group lama aku.ada 4 bahagian.so,sorang ambil satu.aku kena bahagian (c).aku pon bersemangat buat.dah lama menunggu result,nampak macam tak jadi pulak eksperimen aku ni.tapi,dalam buku tu tulis,tambah lagi step,aku pon ikotla.then aku biarkan la bahan aku tu.dah lama menunggu,tiba-tiba lecturer aku angkat 1 test tube ni.dia cakap yang ni bagus.



ini dia !!!  :))


yang ni dekat sikit  :))

aku pon pergila usha.rupa-rupanya ni la test tube aku.nampaknya eksperimen aku sendiri berjaya dan jadi contoh.cantek kan.dia jadi warna silver..so aku pon excitedla ambek gambar.bertahun-tahun aku buat baru kali ni betil-betul menjadi.huhu

ok yang bawah ni pulak eksperimen kawan-kawan aku.cantek sangat warna yang terhasil.







Al-kisah ketiga
dan kisah yang terakhir iaitu aku jumpa balik buku tutor aku.aku bersyukur sangat.otw aku nak balik dari cafe.aku jalan ternampak satu nota ni.then aku pon capai dan baca nama aku ada tertulis kat nota tu.maknanya tu nota aku.kalu ada nota ni,mesti ada buku ni.sebab aku simpan nota ni aku selit dekat buku yang hilang tu.so,aku pon mula menjejaki buku aku...langkah demi langkah akhirnya aku jumpa dekat atas meja cafe.nasib baik dia tidak tidak diapa-apakan dan diculik.huhu


ni la buku yang hilang tu.kalau hilang buku ni.nak buat tutor pon susah..^^sampai sini je kot..terima kaseh kerana sudi baca..

moral value;buatlah sesuatu dengan bersungguh2 dan jangan cuai akan barang kita.:)

DOMPET AKU BASAH!!!

Oh tidak..
dompet aku basah..
habis harta benda aku basah...


habis ic aku basah .duit.huh.nasib baik cari-cari dalam seluar jeans aku ada RM7.dapat jugak aku breakfast.Alhamdulillah..tu la pasai,dah lama x basuh baju.huuhu.hari tu balik rumah cuti ibu aku yang basuhkan..

tapi yang paling aku sedih kad yang aku sayang uh dah terkoyak uh.aku ingat nak selamatkan dia dulu.tapi dia la yang terkorban dulu..huhu.dah terkoyak sikit. ni ha..kat bawah ni..


ni kad apa.aku tak perlu bagitahu la.sapa yang ada tu.tahu-tahu sendirila

moral value:sila pastikan poket pakaian anda kosong sebelum sedia untuk dibasuh.:)

Trip KMM aku ke teluk batik Lumut

erm.citer ni dah lama dah.tapi aku baru nak post.
pada mulanya aku tak mau pon ikot.
tapi lepas berlaku konflik la.
bertekak la akhirnya aku pon join jugakla..

mual-mula sekali pi teluk batin

ni masa mandi tepi pantai.yang mandi masa tu 3 orang je pon.pada hal yang datang punya la ramai.


yang ni pulak masa sesi penggambaran.cewah..haha.saja ja suruh member aku snapkan.yela.bukan selalu dapat sampai kat sini.

berposing sekejap.:)..kawan aku ajak naik belon pisang.huh,nak naik ke x.last2,aku decide naik jugakla.best oo naik bot tu..huhu..nasib baik aku tak duduk depan sekali.sebabnya air yang terpercik dari bot akan kena pada orang yang depan sekali.punyalah best dapat ronda tengah-tengah laut.tengah ke?erm,yela kot.huhu
tapi yang menyedihkan sikit tu.masa dah habis ronda,uncle yang pandu bot tu akan campakkan kami.al maklumla first time naik,aku mna la tahu kena lompat.last-last masa tercampak tu.kaki ke ap tah kena kat kepala aku.pening aku dibuatnya.haha.turun-turun gosok kepala la aku.


yang ni pula snap lepas mandi.masing-masing nak simpan kenangan.


yang ni pulak pic kawan-kwan aku yang join trip tu.smart kan pic ni.


ni kat kawasan berhampiran muzium.aku tak tahu pon ada muzium kat sini.

Duit syiling RM0.20 baru

Baru-baru ni aku beli nota dekat kedai photostet kat library kolej aku,aku dapat baki duit syiling baru.patutla aku pegang rasa ringan ja.dan aku jugak terjatuhkan kot duit tu.mana taknya saiz dia kecik dari biasa.aku pegang dah rasa lain macam.

tapi mungkin ada yang akan kata "aku dah jumpa lama dah duit tu,x tulis pon lam blog".haha.
tapa.aku tak kisah pon.apa yang aku tulis cuma luahan kegembiraan aku.orang suka ka tak,suka hati la.:).dan aku jugak nak berkongsi dengan orang yang tak penah dapat lagi.ok.:)
by the way kat bawah ni aku nak tunjuk ketiga-tiga jenis yang aku penah tengok.


yang atas ni.bahagian depan.dari kana tu duit dengan corak paling lama.then,yang tengah tu pulak boleh dikatakan corak sepanjang kehidupan aku.yang paling kiri ni hah yang duit corak baru tu.bukan setakat corak baru,tapi warna pon baru.warna emas.adakah ianya emas tulen.bagi aku,tak mungkinla.haha.kalau emas,perh tak berbilai la dia jadi 2 kupang.haha.corak depannya stil ada bunga raya.cantik.

ni pulak,bahagian belakang duit.cantik kan?ada tiga bunga.dan aku.aku harap duit ni dihasilkan lagi banyakla.dan syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan menggunakan syiling cepat-cepatla update program anda.bukan apa,mana tahu.nanti aku ada duit ni.tak dapat nak basuh baju guna mesin.x dapt nak ambek R.OR water.hehe..

sebelum aku akhiri bebelan aku ni.aku tahu ada lagi tiga jenis .kat bawah ni ha.cantek duit-duit ni.haha.


aku credit gambar 4 keping ni kepada :http://www.bnm.gov.my

Friday 16 March 2012

OPS COUPLE kat kolej aku KMPK

Kalau sebelum ni aku penah dengar dan terbaca "ops sikap".atau "ops pocot".hehe
tapi lain pulak dan mungkin ni pertama kali kot aku mula mengenali "ops couple".

kat atas tu ha gambar tentang ops couple tu.program ni bagi aku memang suatu program yang baik tambah-tambah dengan gejala maksiat yang semakin berleluasa sekarang ni.topik ni jadi topik hangat dalam facebook group kolej kami.tambahan pulak,ada pulak yang kol era.fm luahkan rasa.

tapi tak pa,yang kol tu bukan cakap dia tak setuju dengan program ni.tapi dia tak berapa puas hati sebab program ni diberitahu.mana taknya.couple-couple dah bersiap sedia la.haha.aku balik ja library pada malam pertama ops ni dijalankan.kawasan anjung yang ada tempat duduk tuk 4 orang tu.dah jadi group laki2,pompuan2.haha.tak macam selalu.selalunya ada la kapel yang duduk kat situ.takpon bukan kapel.dan yang aku puas hati.aku tak nampak dah benda yang aku tak suka.depan library,kawasan yang agak gelap dah tak dak orang dating.duk rapat-rapat dah.

harapan aku.progaram ni diteruskan pada masa kan datang.
Allahuakbar!!!

Konsert kat Laketown-Adira,Saleem,Leez AF-4,Adam feat VIP



baru-baru ni aku ada pergi tengok konsert kat laketown dengan kawan-kawan aku.konsert tu malam.konsert tu maybe untuk promote sempena cuti sekolah seminggu hari tu.masa aku baru sampai dekat aprkir.aku dengar suara adira yang cute tu tengah menyanyi.huh.rasa-rasa sempat lagi ni.tup2 on the way nak pergi lagi dekat kat tempat persembahan tu,pengacara dah ambek mic la beb.tak sempat aku nak bertentang mata dengan dia.kah3x.merapu...aku je la yang dari jauh tengok mata dia.dia tah tengok ke tidak kan.hee.denga kata dia ada nynyi lagu ombak rindu.tak tau betol ke tak.tapi hafiz tak dak la pulak.rugi pulak sampai lambat.

sampai-sampai abang saleem ni hah pulak kat atas pentas
dia nyanyi lagu favourite aku kot. lagu menyayangimu.lagu tinggal kenangan dengan lagu masa dia top dulu tu.lagu suci dalam debu.perh,best kot.

dah habis saleem..ada la pulak seorang penyanyi pompuan yang naik pentas berdangdut.huhu.gelek habis,jujonya aku tak kenal sapa penyanyi ni.dah habis dia nyanyi,sebelum sambung lagu lain,dia ada tanya soalan kat penonton,then,ada sorang mamat ni jawab ."tak boleh tidoq".kalau tak silap la.aku duduk jauh dari pentas.then penyanyi ni pon turun bawah tarik mamat ni naik pentas.punya seronok la dia ni.dia gelek habis.kami yang datang ni pon.habis gelak tak sudah.pnynyi ni pon ajak la mamat ni menari sama.apa yang aku boleh kata mamat ni memang sporting.slumber rock dia ja menarik gelek .haha.jawab soalan dengan slumber rock.wakaka.
aku ada dengar bila mamat tu kata takut abang zizan marah.aik?sapa pnyanyi ni sebenarnya?aku balik-balik terus cari kat google.rupanya bekas awek zizan.leez AF-4..huhu.maklumla yang aku tak tengok pon AF-AF ni..malam tu,antara part yang meletup masa mamat ni ke pentas la.


dan aku tak sangka VIP dengan adam pon akan buat persembahan.for sure,apa yang aku jangkakan persembahan dari adam memang bestla.maklumla dia kan macam k-pop.menari sambil menyanyi,atau menyanyi sambil menari?haha.mana-mana jela kan..

anatara lagu yang diorang perform malam tu lagu tiga kata.lagu KRU tu..lepas tu ada lagu baru diorang.apa tajuk pon aku dah lupa.dan yang aku nanti-nantikan lagu lagu sedih.dengan rentak yang rancak.diorang menari.huh.best gila kot.ramai yang rakam.memang terbaik la beb.haha
lepas diorang habis perform lagu sedih tu,adam cakap stacy tak jadi datang.so,lagu sedih tu la persembahan terakhir malam tu.puas hati la dapat tengok vip dengan dadam menari.sedap dan best.:)

Lirik lagu Terukir di Bintang - Yuna



kat bawah ni lirik lagu yuna yang tengah meletup dekat radio.aku pon slah seorang peminat lagu ni la..tapi aku pelik sikit dengan lirik dye ni..yg mne ??

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
dah baca dah?

yang aku bold tu la..
kenapa ya??



Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu


Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu 




kat atas tu kata kalau intan permata tak mungkin mampu tu aku tak kisah la.mungkin intan permata tu mahal.tapi,bila dia kata capai bintang kat langit tu yang aku mula terfikir tu.adakah lebih senang nak capai bintang kat langit tah berapa jarak dia aku pon tak tahu.ia lebih mampu capai bintang berbanding intan permata.huhu.ni cuma pendapat aku.mungkin orang sastera lebih memahami maksudnya lebih mendalam.:)
piece.:D

Wednesday 14 March 2012

Suratan atau kebetulan







erm punyala nyenyak aku tido semalam.dari pukul 9.00 malam lepas isyak aku tido samapai pukul 6.30 pagi.hehe.tiba-tiba aku terjaga tido dengan wajah seorang perempuan muncul dalam mimpi aku.huhu.sapa perempuan tu??

al kisah bermulanya begini.ehe..satu hari semasa aku dalam perjalanan nak masuk ke makmal kimia aku,hari tu tah kenapa aku datang awal dari biasa aku kena la lalu 1 lagi makmal sebelum sampai makmal yang aku nak masuk.dan depan makmal tu ada sorang pompuan ni.sekali aku tengok,terus nak tengok ja..mata kami bertentang ka masa aku selisih tu?aku rasa tak kot.sebabnya aku memang susah dan tak bolehla nak bertentangan mata.agaknya sebab aku ni pemalu kot.huhu:).so,dari jauh aku usha jela dia..

dan hari pun berlalu..mula dari hari tu,aku selalu sangat terserempak dengan dia.selalu aku jalan ternampak batang hidung dia.huh.apa maknanya tu.??adakah ianya suratan atau kebetulan.???entahla.apa yang buat aku ringan je nak tulis ni,pompuan yang aku cerita yang aku mimpi tu pompuan ni la.huh.dan bila cakap pasal kebetulan ke tak aku ada lagi satu cerita yang memang menarik terjadi dalam hidup aku.

masa aku baru masuk matrik,program awal bagi aku adalah kokurikulum,ringkasnya koko.kami dipecahkan kepada group-groupla.then aku kena dengan pompuan ni 1 kumpulan.(bukan pompuan yang aku cerita di atas).dalam group koko,aku kumpulan dengan dia.then,kami kena men futsal,1 kumpulan jugak dengan dia.tapi boleh tahan lagi .then.dia jugak 1 kelas dengan aku.pernah jugak kami satu kumpulan discussion untuk presentation mate.huhu.aku pon pelik.nak kata aku jatuh hati atu,bolehla,mana taknya asyik bersama ja.haha.untuk drama BI pun kami kena sama-sama.huh.agak pelik.aku punya pelik.tanya kak angkat aku.herm.kalu dah pompuan,tak habis-habis dengan jodoh.hehe.seronok ke bila aku dengar tu.??herm..

sampaila 1 hari ni.aku sendiri sembang-sembang kosong dengan dia.aku pon saja seronok-seronok tanya dengan dia."kenapa kita ni asyik sama ja ah?"nak tahu tak dia jawab apa.erm..nak bagitawu ka...kejap eh.nak fikir jap...yela dia jawab.."jodoh kot".korang rasa apa perasaan aku bila dengar jawapan tu??ye aku mengaku aku seronok..maklumla bila seorang pompuan yang cantik dan comel cakap macam tu.huhu,

haha.aku nak tutup dahla.yang lepas tu.nak wat macam mana.mungkin tu ujian dalam hidup aku.aku jatuh hati sebab tu?sebab selalu sangat kena 1 kumpulan dengan pompuan tu..

so,cerita terbaru aku ni.yang sampai terbawak dalam mimpi aku.aku tak nak berharap macam dulu dah.tanya orang la.jodoh la.apa la.apa yang penting.aku suka bial terserempak dengan pompuan yang baru aku tengok ni.kalau dia muncul dalam mimpi pulak?ehem-eh2m.no komen.::D hihi.







Tuesday 13 March 2012

Aku dapat RM 10 FREE DARI hotlink hihi

Salam sejahtera...:)
Erm..tak ku sangka tak ku duga aku dapat RM5 kot..huhu

mesej yang aku dapat hari tu..ni ha..

dapatkan 50% ekstra kredit untuk musim cuti sekolah!hanya tambah nilai RM10 pd 9-11 Mac & dapatkan RM5 kredit (sah 1 hari,Maxis ke Maxis)pd 14Mac.

so aku topupla RM 10..tapi tup2 aku check kredit aku tengahari semalam ada RM10 baki bonus.confius nih.mungkin 50% tu RM5 ,dan percuma RM5 kot..

by the way,sekarang dah tinggal RM2.45..kow2 aku nak perabis..huhu
yang aku seronok sebab mati2 aku ingat dapat RM5,tapi dapat RM10...
terkejut kegembiraan..hehe





terima kasih maxis..terima juga pada hotlink.hehe...sama jela ..
hari ni dah nak luput dah.kejap lagi masa untuk aku jadikan akaun bonus aku jadi RM0.00..hehe.
tu je kot..
tada..:D

Monday 5 March 2012

LIVERPOOL LOSE TO ARSENAL 2-1

ahahaha...
apa maksud ayat kat atas tu??
huhuu..
"liverpool lose to arsenal"..:) maaf pada yang terasa..
by the way aku tujukan statement kat atas uh tak abang dan adik aku.
depa boleh dikatakan peminat liverpool la..
kalau la kami berkumpul dah lama dah "boom 3x."..huhu
masing-masing sekarang merantau ke negeri orang.
negeri orang la sangat.
aku kat ipoh je,abang aku kat tanjung malim je,hehe.


tu ha gambar abang star arsenal.hebat betol dia jadi pemusnah impian liverpool.
aku duk kata banyak ni sebenarnya aku pon peminat liverpool jugak.hehe
tapi aku minat sebab ni ha..


sebab abang torres ler.tapi sekarang dia dah main tok chelsea.dia dah sarung jersi chelsea tengok kat atas uh.huhu..jadi aku pon berbelah bagi la nak sokong chelsea ke liverpool sekarang ni..herm..kalau la dia main tok liverpool lagi aku rasa sengat dia tak hilang macam sekarang.


hah.tengok tu.muka dia punyanya lapaq nak goal.masa ni jangan tanya la kalau man.u pon kecut perut kalau nak lawan dengan liverpool.power kot.aku rindu saat-saat liverpool power kot.and the another reason is because of abang gerard la aku minat liverpool.dulu yang paling aku nanti-nantikan gerard dan torres berkolaborasi menghasilkan gol.ha.ayat merapu.haha.bagi aku kalau gerard ada,torres ada,liverpool mabeles beb wa cakap lu.haha.macam abng dan adik.huhu

tapi sekarang cuba korang tengok apa dah jadi dengan abang adek ni.


gerard pon dah tak nak tengok torres."pandang sebelah mata pon dah tak nak".haha.aku tak tahu la kenapa muka gerard macam tu.dari apa yang aku cuba tafsir,gerard memang x nak tengok muka torres mungkin sebab marah torres tinggalkan liverpool.dahla sebelah mata tutup,sebelah lagi yang terbuka pon tak pandang torres.hahak.kenala noh dengan ayat yang aku boldkan tadi.hihi.:D

so,kepada liverpool,aku tetap minat kau,kenny dalglish buat la sesuatu untuk menaikkan kecemerlangan liverpool kembali..

Bersama Ustaz Akhil Hayy Ustaz Rock di KMPK

Assalamualaikum teman blogger dan teman sekalian...
Apa khabar anda semua...


Kali ni aku nak berkongsi pengalaman dengan seorang ustaz rock.
Iaitu ustaz Akhil...:)
Style dia malam tu memang terbaikla!!haha...
Dia pakai serban dengan t-shirt..
tapi ambik masa jugala dia nak masuk dalam..
tapi masa dia masuk tu memang gempak kot,masuk sambil pegang mic berzikir...

Cara penyampaian cara orang muda dan aku suka sangat.tambah-tambah lagi kami semua berumur antara 19-20 macam tu la.."bro".biasa tu..tu orang muda..:)

tapi yang kurang sikit malam tu.dia tak bawak pulak artis wanita padang pasir .sape??hehe
ni dia ha...



isteri abang akhil,waheeda..:)
by the way,dah lama tak tengok dia kat tv.eh,apa yang aku melalut ni.bukan dia yang aku nak cerita sebenarnya.huhu

sambung balik pasal akhil hayy tu..
malam tu banyak jugakla lagu yang dia nyanyi..memang sedap suara dia..
cara dia nyanyi memang meletup la nak habaq kat hampa wei.hehe
ramai la kawan-kawan aku yang rakam.tapi aku tak rakam sebab nak tengok live.
sebab?sebabnya bila aku rakam aku tengok skrin kamera.hee..^^,

kalau lagu apa yang aku nak cerita kat sini minta maafla.aku tak ingat dah..apa-apa pun 1 lagu yang buat aku teringat sampai sekarang,yang buat aku balik-balik bilik nak blue-tooth..tajuk lagu tu "HambaMu" oleh mawi dan ustaz akhil..lagu tu memang best.sejujurnya aku first time dengar lagu ni malam tu...


gambar kat atas ni gambar persembahan lagu "HambaMu".yang pakai serban tu ustaz akhil.eh,sape sebelah tu?Mawi ke.?hehe.takdela..yang sebenarnya tu ustaz kolej aku.bertuahnya dia dapat berduet dengan ustaz akhil..huhu..

sebelum ustaz akhil nak mulakan persembahan dia panggil dari kalangan pensyarah untuk jadi pengganti Mawi.dia siap bawak lirik kot.masa tu,semua gementar...huhu..kami asyik tengok pensyarah..agak lama menunggu,akhirnya ustaz aku ni yang dengan slumber jalan ke pentas.cayala ustaz..:D
best sangat pesembahan ni .terbaik..:)
ade jugak kawan aku yang soh naik nyanyi..eh,perasan pulak..
nak naik,penah dengar lagu tu pun tak.huhu...

eh xde ke gambar aku dengan ustaz?macam dengan ustaz kazim dan kumpulan far east.erm memng xde pon..tahla.hati aku tak de langsung nak bergambar.maybe sebab aku mengantuk sangat kot nak balik tido je.hehe


And the most important things aku nak kongsikan malam tu ialah kat bawah ni ha..:D
  • Ustaz kata kena bersihkan hati
  • Baca al-Quran dan makna
  • Berkumpul dengan orang soleh
  • Banyakkan berpuasa
  • Zikir malam
k..sekian sahaja daripada BONEKA MASA..,^^,

Thursday 1 March 2012

Kisah gadis Cina 17 tahun dari Malaysia memeluk Islam.

Salam..
hidayah Allah itu ada di mana-mana...
aku cukup teruja dengan apa yang aku baca ni..
kisah saudara baru kita wahai umat Islam sekalian..
jadi hati aku terasa ingin berkongsi cerita ni melalui blog aku..
*aku sunting dan petik cerita ni dari  KBSB.




Loo Jo Yee (sebelah kanan). Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber 'binti' kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak 'encourage' beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.