Friday 3 February 2012

Perak bermula dengan langkah kemenangan


Piala Presiden 300x300Perak memulakan kempen Piala Presiden 2012 dengan mencatatkan kemenangan menumpaskan Johor FC 2–0 dalam perlawanan Kumpulan B di Stadium Perak, Ipoh, semalam.
Jurulatih, Abu Bakar Fadzim bersyukur dan gembira dengan kemenangan tersebut yang akan membakar semangat para pemain bagi memburu kemenangan seterusnya dalam perlawanan akan datang.
Perak akan bertandang ke Kuching dalam perlawanan keduanya untuk berdepan Sarawak pada 6 Februari depan.
Selain Perak, Johor FC dan Sarawak, pasukan-pasukan lain dalam kumpulan B adalah Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Pahang, Perlis, Majlis Perbandaran Muar, Angkatan Tentera Malaysia, PKNS, NS Betaria dan Pulau Pinang.
Penyerang muda, Mohd Rahizi Mohd Rasib (minit ke-17) dan pemain tengah, Norhakim Mohd Isa (minit ke-78) menjaringkan gol-gol kemenangan Perak.
“Kemenangan di gelanggang sendiri amat bermakna kerana ia sangat penting bagi menentukan kedudukan Perak pada masa akan datang,” jelas Abu Bakar.
Walaupun mencatat kemenangan, Abu Bakar belum berpuas hati dengan persembahan para pemainnya yang belum sempurna sepenuhnya.
“Saya mengakui masih terdapat beberapa kelemahan kecil yang perlu diperbaiki sebelum beraksi di Kuching,” kata jurulatih itu.
Beliau menyatakan bahawa ketajaman barisan serangan perlu diasah agar para pemain tidak mensia-siakan peluang menjaringkan gol kelak.
Artikel asal di PerakNews.

No comments:

Post a Comment